| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Penyerahan Bendera Negeri Melaka Dan Penyerahan  Sumbangan T-Shirt Oleh MIBC (Melaka International Bowling Centre)

Pada 26 Ogos 2016 (Jumaat), jam 3.30 petang bertempat  di Pejabat Pengarah Penjara Negeri Melaka telah berlangsung Majlis Penyerahan Sumbangan kepada pasukan yang akan menyertai kejohanan tenpin bowling berpasukan kali ke 14 Jabatan Penjara Malaysia dan penyerahan bendera Negeri Melaka.   Seramai 20 peserta terdiri daripada anggota seluruh Institusi Penjara Negeri Melaka telah hadir pada majlis tersebut.   Aturcara dimulakan dengan gimik penyerahan bendera Negeri Melaka daripada PKP Delber Singh A/L Sadhu Singh Timbalan Pengarah Penjara Negeri Melaka  kepada Pengurus Pasukan Jabatan Penjara Negeri Melaka, Aturcara diteruskan dengan penyerahan  sumbangan t-shirt kepada pasukan yang menyertai kejohanan tenpin bowling oleh Encik Sukhairizal bin Sulian, Penolong Pengurus Besar MIBC. Aturcara majlis diakhiri dengan bacaan doa dan seterusnya PKP Delber Singh A/L Sadhu Singh menyampaikan amanat daripada Pengarah Penjara Negeri Melaka sempena kejohanan tersebut yang bakal berlangsung.


""