| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Mesej Dari Penjara Peringkat Zon Tengah

Pada 16 Ogos 2016 (Selasa) bertempat di Dewan Semarak Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kuala Klawang telah berlangsung Program Mesej Dari Penjara Peringkat Zon Tengah Jabatan Penjara Malaysia tahun 2016. Program ini dikelolakan oleh Institusi Pemulihan Dadah, Jabatan Penjara Malaysia, Jelebu, Negeri Sembilan dengan kerjasama Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF). Program ini bermula dengan pendaftaran peserta dan ketibaan YB Dato' Haji Jalaluddin bin Haji Alias, Exco Kerajaan Negeri Sembilan, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Pertang pada jam 10.30 pagi. Seterusnya aturcara majlis didahului dengan persembahan oleh 12 orang penghuni tampil membuat persembahan seperti Deklamasi Sajak, Pentomin dan Perkongsian Bicara oleh Penghuni. Program ini turut mengundang Johan Pencetus Ummah 2014, PU Azman Syah bin Alias untuk slot "Sentuhan Pencetus Ummah". Sebelum program berakhir, ucapan aluan oleh YBhg. Dato' Mohd Sakeri bin Haji Dollah mewakili Komisioner Jeneral Penjara dan ucapan perasmian oleh Y.B Dato' Haji Jalaluddin bin Haji Alias seterusnya merasmikan program dengan pemotongan riben. Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada YB Dato? Haji Jalaluddin bin Haji Alias dan cenderamata kepada wakil Pengetua MRSM Kuala Klawang.


""