| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program  Gotong-Royong Dan Khidmat Bakti Orang Diparol Bersama Komuniti Di Kota A? Famosa Melaka

Pada  2 Disember  2016 (Jumaat), jam 08.00 pagi bertempat di Kota A?Famosa Melaka telah diadakan Program Gotong Royong anjuran Pejabat Pengarah  Penjara Negeri  Melaka dan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah  bersama Parol Daerah Melaka Tengah.     Seramai 25 Orang diParol (ODP) menyertai program tersebut.  Program gotong-royong dimulakan sebaik sahaja kata-kata nasihat disampaikan oleh PKP Delber Singh A/L Sadhu Singh, Timbalan Pengarah Penjara Negeri Melaka. Acara diteruskan dengan pembahagian kerja-kerja kebersihan di kawasan sekitar Kota A?Famosa.

Program tersebut bertujuan untuk merapatkan hubungan silaturrahim di antara ODP dan masyarakat di samping dapat membantu melakukan kerja kebersihan di kawasan  Kota A?Famosa. Selain itu, program ini juga memberikan kesedaran betapa pentingnya menjaga kebersihan di kawasan  tarikan pelancong. Aktiviti gotong-royong ini berakhir pada jam 11.00 pagi. Pihak Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah  telah mengucapkan ribuan terima kasih kepada Jabatan Penjara Malaysia atas sumbangan yang diberikan.


""