| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 11 Januari 2016 Bersamaan 1 Rabiul Akhir 1437h  Peringkat Penjara Simpang Renggam, Johor

Pada 11 Januari 2016 (Isnin), bertempat di Surau Ar-Raudah Penjara Simpang Renggam, Johor telah diadakan  Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Penjara Simpang Renggam yang telah dihadiri oleh seramai 300 orang kakitangan dan keluarga. Antara    tetamu  jemputan  yang  hadir  YB Haji Mutalip Bin Haji  Abd  Rahim
(Adun Layang-layang Merangkap Exco Agama Negeri Johor) agensi kerajaan dan AJK Surau yang berdekatan.


Aturcara majlis bermula jam 06.45  petang dengan perarakan membawa sepanduk diiringi alunan kompang oleh Pelajar Sekolah Agama dan Sekolah Tabika Kemas Penjara Simpang Renggam, Johor bermula daripada sekolah ke Surau Ar-Raudah Penjara Simpang Renggam, Johor. Majlis diteruskan lagi Solat Maghrib berjemaah dan Ceramah Maulidur Rasul yang disampaikan oleh Ustaz Haji Mohd Kamal bin Mohd Said yang merupakan  bekas Pengetua Sekolah Arab Kluang.


Penyampaian cenderahati telah disampaikan oleh YB Haji Mutalip Bin Haji Abd Rahim diiringi TKP Ramli bin Osman Pengarah Penjara Simpang Renggam. Majlis diakhiri dengan Solat Isyak  berjemaah dan jamuan makan.

 

""