| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis  Khatam Al-Quran Orang Di Selia (ODS) Dan Iftar Ramadhan Bersama Anggota Pusat Pemulihan Pemasyarakatan (PPP) Kem Mahkota, Kluang

Pada  27 Jun 2016 (Isnin), PPP Kem Mahkota, Kluang telah mengadakan  Majlis Khatam Al-Quran peringkat ODS dan Iftar Ramadhan bersama anggota PPP Kem Mahkota, Kluang. Antara pengisian majlis adalah tadarus dan khatam Al-Quran ODS, Iftar Ramadhan, solat Maghrib dan Isyak berjemaah dan solat sunat Tarawih. Majlis turut diserikan dengan kehadiran  KP Hj. Abd Wahab bin Hj Kassim, Pengarah Penjara Negeri Johor, Kolonel Roslan bin Hj. A. Rahman, Timbalan Panglima 7 Briged Kem Mahkota, Kluang, PKK Sazali bin Ismail, Timbalan Pengarah Parol dan Perkhidmatan Komuniti IPPM, PKP M. Zainuddin bin Ibrahim Timbalan Pengarah Penjara Kluang, PKP Mohd Shukri b. Harun, Pengarah PPA Muar dan Encik Nathir bin Mohamad, Pegawai Psikologi LPPKN Negeri Johor. Majlis berakhir sekitar jam 10.30 malam.


""