| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka

Pada 20 Jun 2016 bertempat di Dewan Seroja Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka telah berlangsungnya Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka di antara PKP Saidun bin Othman dan PKP Abd Rahman bin Taib. Majlis ini telah disaksikan oleh TKP Abdul Aziz  bin Mohamad, Pengarah Penjara Negeri Melaka bagi mewakili IPPM. Turut hadir menyerikan lagi majlis ini ialah pengarah-pengarah institusi Negeri Melaka.

Majlis dimulakan dengan PKP Saidun bin Othman menerima tabik hormat terakhir selaku Pengarah Sekolah Henry Gurney Melaka dan upacara seterusnya ialah acara menandatangani Dokumen Serah Terima Tugas di antara  PKP Saidun bin Othman dan PKP Abd Rahman bin Taib  yang disaksikan oleh TKP Abdul Aziz  bin Mohamad. Seterusnya, PKP Abd Rahman bin Taib, menerima tabik hormat dan memeriksa kawalan suku selaku Pengarah Sekolah Henry Gurney Melaka yang baru Majlis diakhiri dengan bacaan doa oleh Ustaz Abdul Jalil bin Samad Pegawai Agama institusi.


""