| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Jalinan Kasih Deepavali Penjara Tapah, Perak

Bertempat di Dewan Ilmu, Penjara Tapah telah diadakan Program Jalinan Kasih Deepavali pada 2 November 2016 (Rabu).  Program yang dianjurkan setiap tahun ini dikendalikan oleh Unit Pemulihan Dan Rawatan, Penjara Tapah dan melibatkan seramai (13) orang penghuni yang terpilih iaitu 2 orang Banduan Akhir, 9 orang penghuni lelaki dan 2 orang penghuni wanita. Jumlah ahli keluarga penghuni yang hadir adalah seramai 45 penghuni dewasa dan 12 orang kanak-kanak. Majlis tersebut dirasmikan oleh PP Talhah Bin Hashim yang diiringi oleh KIP Zaihuri Bin Zulkifli.  Beberapa acara yang telah diadakan pada majlis tersebut iaitu persembahan tarian dan sajak oleh banduanita.


""