| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Solat Sunat Aidil  Adha 1437H Peringkat Penghuni Penjara Tawau

Pada 12hb September 2016 (Isnin), bersamaan 10 Zulhijjah 1437H Penjara Tawau telah mengadakan Solat Sunat Aidil Adha 1347H peringkat penghuni Penjara Tawau bertempat di Surau Penghuni Penjara Tawau. Solat Sunat Aidil Adha ini melibatkan seramai 80 orang penghuni dari pelbagai fasa/program telah dipimpin oleh Ustaz Ubaedillah Bin Sodiq, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam dan turut disertai oleh kakitangan yang bertugas. Program ini secara tidak langsung dapat mengajar dan memupuk semangat di kalangan penghuni untuk berkorban dalam memajukan diri ke arah yang lebih baik, disamping itu penghuni juga dapat lebih penghayatan dalam meraikan Hari Raya Aidil Adha pada tahun ini.


""