| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program  Negaraku Sehati Sejiwa Dan Walk-A-Mile Peringkat Daerah Sibu

Program  Negaraku Sehati Sejiwa dan Walk-A-Mile Peringkat Bahagian Sibu dengan kerjasama Pejabat Residen Bahagian Sibu,telah diadakan pada 19.08.2017 bertempat di Dataran Bandar Sibu Fasa 1 bermula pada jam 6.30 pagi hingga 11.30 pagi. Seramai 2,500 orang tetamu hadir dan program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari semua Jabatan Kerajaan Bahagian Sibu, pelajar-pelajar sekolah dan badan-badan NGO. Pelbagai aktiviti dianjurkan antaranya zumba, penyerahan bendera Jalur Gemilang, pelepasan konvoi merdeka, program Walk-A-Mile dan cabutan nombor bertuah yang dikelola oleh Penjara Pusat Sibu. Hadiah cabutan disampaikan oleh Residen Bahagian Sibu En. Hii Chang Kee.


""