| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Perhimpunan Bulanan Bulan Ogos 2017 & Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Institusi Pusat Koreksional Kamunting

Pada 03 Ogos 2017 (Khamis) Pusat Koreksional Kamunting telah mengadakan Majlis ?Perhimpunan Bulanan? bagi bulan Ogos 2017 dan Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Institusi. Majlis perhimpunan bermula pada jam 7.00 pagi dan perbarisan kakitangan di ketuai oleh KIP Mohd Nazree bin Abd Malik. Agenda majlis adalah pemakaian pangkat Penolong Penguasa dan Koperal yang disempurnakan oleh Tuan Timbalan Pengarah PP Wan Hasnoul Zairie bin Wan Husin. Tuan Timbalan Pengarah juga turut merasmikan Kempen Kibar Jalur Gemilang peringkat Institusi dengan memasangkan Jalur Gemilang pada kenderaan jabatan sebagai simbolik perasmian. Majlis Perhimpunan bulanan pagi itu dihadiri oleh Kakitangan Institusi yang terdiri daripada Pegawai-Pegawai Kanan, Anggota Beruniform pelbagai pangkat, serta Kakitangan Awam.


""