| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Pekerti Remaja 2017 & Kafe @ Teen LPPKN Bersama Penghuni SHG Telok Mas, Melaka

Pada 9 Ogos 2017 (Rabu) Lembaga Penduduk & Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Negeri Melaka telah mengadakan Program Pendidikan serta Ceramah Program Pekerti Remaja 2017 kepada penghuni-penghuni Rumah Tun Teja. Program ini amat bertepatan dengan matlamat dan hasrat LPPKN ke arah mewujudkan masyarakat yang sihat, berdaya tahan (resilien), berakhlak, bertanggungjawab serta berupaya menghadapi cabaran perubahan dalam kehidupan masa kini. Fasilitator LPPKN yang menjayakan program ini diketuai oleh Puan Nur Asikin Binti Ismail. Majlis Penutupan program ini telah  disempurnakan oleh TPP Yusni Bin Habibullah, Ketua Bahagian Pemulihan SHG Telok Mas Melaka.


""