| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Kejohanan Menembak Special Forces Shooting Skill 2017

Pada 1 hingga 3 Disember 2017, Markas 21 Gerup Gerak Khas, Kem Iskandar, Mersing, Johor telah menganjurkan Kejohanan Menembak Special Forces Shooting Skill Competition 2017 sempena Hari Ulangtahun 21 Gerup Gerak Khas Ke-52 Fasa 2 bertempat di Lapang Sasar Menembak Praktikal, Kem Sungai Udang, Melaka. Jabatan Penjara telah menghantar satu pasukan terdiri daripada TKP Abdul Halim bin Ma_Hassan (Pengurus Pasukan), TPP Suefarinawathy binti Affendi, PPP Yusli bin Yusof, KIP Mohd. Nazir bin Mohamad, KIP Isnawawi bin Abd. Jabar, SI Ku Muhamad bin Ku Aman Shah (Jurulatih), SI Rahmat bin Abu (Jurulatih), Koperal Samsudin bin Rosli, Koperal Hasmawi bin Hassan, Koperal Zaleha binti Udoh dan Wadar Tengku Aishahanim binti Tengku Hamzah. Sebanyak 121 peserta telah menyertai kejohanan tersebut yang terdiri daripada Pasukan Gerup Gerak Khas, TUDM, TLDM, Komando VAT 69, IPK KL, Penjara Sungai Udang, Jabatan Kastam, Persatuan Menembak Negeri Johor, Kelab Menembak Subang, Selangor, Kelab Menembak MAS, Kelab Menembak Perak, Persatuan Menembak Kedah. Terdapat dua kategori diadakan pada kejohanan tersebut iaitu kategori Lelaki dan Wanita. Bagi kategori lelaki tempat pertama dimenangi  oleh Gerup Gerak Khas A, tempat kedua dimenangi oleh Vat 69 dan tempat ketiga di menangi oleh Gerup Gerak Khas B manakala kategori wanita tempat pertama dimenangi oleh IPK KL, tempat kedua dimenangi oleh Jabatan Penjara Malaysia (Suefarinawathy binti Affendi) dan tempat ketiga dimenangi oleh IPK KL. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YBhg. Brigadier General Dato? Hassan bin Ali, Panglima Gerup Gerak Khas, Kem Iskandar, Mersing, pada 3 Disember 2017.


""