| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Perasmian Penutupan Program Pekerti Remaja Di Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka

Majlis Perasmian Penutupan Program Pekerti Remaja anjuran Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Negeri Melaka telah diadakan di Dewan Seroja Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka pada 8 Disember 2017 (Jumaat). Objektif program ini diadakan adalah untuk membentuk jati diri remaja dalam menghidari tingkahlaku yang berisiko tinggi seperti seks sebelum berkahwin, kehamilan remaja dan penyakit seksual atau HIV. Seramai 28 penghuni wanita terlibat dalam program ini. Majlis penutupan program telah disempurnakan oleh PKP Abd Rahman Bin Taib, Pengarah Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka. Turut hadir Cik Norasyikin Pegawai LPPKN Melaka dan En. Salleh Bin Mohd Nor Pegawai Psikologi Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka.


""