| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Laporan Majlis Sambutan Maulidurrasul 1439h Peringkat  Negeri Selangor

Pada 01 Disember 2017 bersamaan 12 Rabiul Awal 1439H, Majlis Sambutan Maulidurrasul 1439H peringkat Negeri Selangor seperti lazimnya dimeriahkan dengan ceramah dan perarakan berwarna-warni kontinjen daripada pelbagai lapisan masyarakat kerana kecintaan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Peserta perarakan turut melaungkan kata-kata pujian dan selawat  sepanjang 2KM ke atas Rasulullah SAW  yang diputerakan pada hari Isnin, 12 Rabiulawal, tahun 570 Masihi di Kota Makkah.  Penjara Sungai Buloh  turut serta untuk menyertai perarakan tersebut bagi mewakili Penjara Negeri Selangor dalam kategori Agensi  Kerajaan.  Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan berangkat menyertai perarakan sambutan Maulidur Rasul bersama-sama Pengarah Penjara Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Timbalan Komisioner Haji Darussalam bin Budin serta Pengarah Penjara Sungai Buloh Timbalan Komisioner Abd Kadir bin Rais  bersama 4,700 peserta mewakili 94 kontinjen pelbagai agensi dari Stadium Mini Seksyen 13 ke Stadium Malawati, Shah Alam.

Tengku Amir Shah turut berkenan untuk menyampaikan anugerah kepada pemenang dan Penjara Sungai Buloh telah menjadi Johan Perarakan Peringkat Agensi Kerajaan Negeri Selangor, Tengku Amir turut berkenan menyampaikan anugerah khas Maulidur Rasul 2017 peringkat Negeri Selangor kepada Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali yang menerima Anugerah Khalid Al-Walid; Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, Datuk Mukhyuddin Ibrahim (Tokoh Umar Abdul Aziz); pendakwah bebas, Datin Aminah Zakaria, 72, (Tokoh Saidatina Khadijah); pendakwah bebas Md Sahari Abdullah, 65, (Tokoh Imam Al-Ghazali) dan pelajar Sekolah Agama Menengah Persekutuan, Kajang, Faris Akmal Aminuddin, 17, (Tokoh Saidina Ali).


""