| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Latihan Simulasi Kebakaran Kompleks Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang Dengan Kerjasama Jabatan Bomba Dan Penyelamat Nibong Tebal, Pulau Pinang

Pada 30 November 2017 (Khamis) bertempat di Blok Penempatan Banduanita iaitu Blok Ros telah diadakan Latihan Simulasi Kebakaran dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Nibong Tebal, Pulau Pinang. Latihan ini melibatkan (36) pegawai dan anggota pelbagai unit Penjara Seberang Perai bersama (7) pegawai bomba.Tujuan utama latihan ini diadakan adalah untuk melatih pegawai dan anggota untuk mengendalikan situasi kecemasan kebakaran dan menggunakan peralatan keselamatan. TKP Roslan bin Hj. Mohamed, Pengarah Penjara Negeri Pulau Pinang diiringi PKK Husin bin Hj. Johari, Pengarah Kompleks Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang turut sama hadir bagi meninjau kelancaran simulasi kebakaran yang diadakan.


""