| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Latihan Simulasi Kebakaran Dengan Kerjasama Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Seremban

Pada 27 November 2017, Penjara Seremban Negeri Seremban telah mengadakan satu Simulasi Mencegah Kebakaran bertempat di Blok Cemerlang 2 Aras 3 dengan kerjasama Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Balai Bomba Rahang. Latihan ini melibatkan (17) anggota termasuk (2) Pegawai Kanan Bomba Rahang. Simulasi Kebakaran ini bermula pada pukul 1043 pagi dan telah dibantu oleh Unit Kawalan Dan Pencegahan (UKP). Simulasi tersebut disaksikan oleh PKP Muhammad Nazri Bin Nasrudin Pengarah Penjara Seremban, PP Usman Bin Mala Timbalan Pengarah Penjara Seremban dan TPP Abu Kasim Ashaari Bin Razali Ketua Bahagian Keselamatan Dan Inteligen. Simulasi ini dianjurkan bertujuan memberi pendedahan kepada anggota berhubung tatacara penggunaan peralatan dan tindakan yang perlu diambil sekiranya berlaku kebakaran. Ianya sejajar dengan keperluan serta kehendak Plan Kontigensi Kebakaran Institusi yang memberi latihan dan persediaan dalam mencegah kejadian kebakaran di blok penempatan banduan. Simulasi menyelamat berakhir pada jam 1120 pagi.


""