| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Pemeriksaan dari Pengarah Penjara Negeri Melaka ke Bahagian Sajian Penjara Sungai Udang, Melaka

Pada 17.11.2017 ( Jumaat) Timbalan Pengarah Penjara Negeri Melaka PKK Noratimah binti Abu Bakar yang mewakili TKP Abdul Aziz bin Mohamad Pengarah Penjara Negeri Melaka telah mengadakan pemeriksaaan tahap kesihatan ke Bahagian Sajian Penjara Sungai Udang, Melaka. Pemeriksaan tersebut meliputi kebersihan diri banduan terutama bahagian penyediaan makanan, tempat simpanan barang mentah seperti barang basah dan kering, kebersihan persekitaran tempat kerja, menu makanan yang disediakan mengikut skala dan standard dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), dan kebersihan serta tempat penyimpanan peralatan yang digunakan. Taklimat dan penerangan ringkas mengenai tahap kesihatan kepada banduan juga telah disampaikan oleh Inspektor Mohd Fadzli Rahman bin Omar.


""