| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Latihan Simulasi Plan Kontigensi Kebakaran Dan Pengunsian Bangunan Penjara Penjara Miri

Pada 24 November 2017 satu latihan simulasi bagi Plan Kontigensi Kebakaran Dan Pengungsian Bangunan telah diadakan di padang kawad Blok Rahmat / Tabah yang melibatkan seramai 30 pegawai / anggota Penjara Pusat Miri dan juga penghuni Blok Rahmat serta banduan yang bekerja di Bengkel Dapur. Latihan ini disertai oleh dua orang pegawai dari Jabatan Bomba Dan Penyelamat, Balai Bomba Miri iaitu PBT Razali bin Junis dan PB Gabriel. Latihan simulasi ini bertujuan untuk memberi pendedahan serta pemahaman kepada kakitangan supaya memahami peranan serta tanggungjawab masing-masing sekira berlakunya kebakaran di dalam penjara.

Sebelum latihan diadakan, satu taklimat berkenaan dengan kebakaran dan pengungsian bangunan telah diberikan oleh PBT Razali bin Junis di Bilik Mesyuarat, Penjara Pusat Miri. Setelah taklimat diberikan, latihan simulasi seterusnya diadakan pada jam 10.05 pagi apabila loceng kebakaran dibunyikan dan seterusnya tindakan pengungsian bangunan ke atas penghuni di Blok Rahmat dan Bengkel Dapur ke tempat perhimpunan di padang kawad serta simulasi memadam kebakaran oleh pegawai / anggota terlibat yang dihadiri oleh PP Muhammad Khalid bin Muhammad dan TPP Mohd Hidayat bin Ismail serta dipantau oleh pihak Jabatan Bomba Dan Penyelamat. Latihan simulasi tersebut berakhir pada jam 10.30 pagi dalam keadaan terkawal.


""