| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Perhimpunan Bulanan Pusat Koreksional Bintulu<br>

Pada 7 Mac 2017, Pusat Koreksional Bintulu telah mengadakan Perhimpunan Bulanan bagi bulan Mac bertempat di Parkir Pejabat Pentadbiran bermula jam 6.45 pagi. Perhimpunan ini telah dihadiri oleh 19 orang Pegawai Kanan, 47 orang anggota pelbagai pangkat, dan 8 orang kakitangan awam. Majlis dimulakan dengan pemeriksaan barisan oleh Pengarah Pusat Koreksional Bintulu, PKP Rahmat Bin Abdul Rani diikuti nyanyian lagu Negaraku, Ibu Pertiwiku, Bakti Setia, bacaan doa dan bacaan ikrar jabatan yang diketuai oleh PPP Mohd Jack Tutol Abdullah. Majlis diteruskan dengan penyampaian derma kematian kepada KPL Mohamad Zakaria Bin Ali di atas pemergian bapa mertua beliau. Aturcara majlis diteruskan dengan penyampaian Anugerah Tokoh Bulanan bagi bulan Februari 2017. Anugerah ini diberikan kepada anggota berpangkat Koperal dan ke bawah yang telah menunjukkan prestasi kerja yang cemerlang sepanjang bulan tersebut. Anugerah Tokoh Bulanan bagi bulan Februari 2017 telah dianugerahkan kepada Koperal Zamawi Naim dari Unit Komunikasi yang telah disampaikan oleh Pengarah Pusat Koreksional Bintulu, PKP Rahmat Bin Abdul Rani. Majlis tamat pada jam 7.45 pagi.


""