| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Melaka  Car Free Zone Peringkat Negeri Melaka 2017

Bertempat di Menara Taming Sari, Melaka pada 21.05.2017 telah diadakan Program Melaka Car Free Zone Peringkat Negeri Melaka.  Program yang dianjurkan setiap dua kali sebulan oleh pelbagai agensi kerajaan dan swasta diadakan mengikut giliran. Kali ini Penjara Negeri Melaka telah mengamanahkan Penjara Jasin untuk menganjurkan program ini bersama Syarikat SWN Negeri Melaka dan Menara Taming Sari selaku penganjur utama. Dalam program ini Penjara Sungai Udang, Melaka telah menghantar wakil untuk menyertai acara berbasikal santai (fun ride). Tujuan program ini diadakan bertujuan sebagai kempen untuk mengurangkan penggunaaan kenderaan di bandar Melaka yang boleh menyumbang kepada peningkatan karbon dioksida dari asap kenderaan serta kesesakan. Selain acara berbasikal  terdapat acara larian, senamrobik dan cabutan nombor bertuah.
""