| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Dialog Bulanan Dan Ikrar Bebas Rasuah (Ibr) Jabatan Penjara Malaysia Peringkat Institusi Pusat Pemulihan Akhlak Batu Gajah Perak

Pada 22 November 2017 (Rabu) Pusat Pemulihan Akhlak Batu Gajah Perak telah mengadakan Dialog Bulanan dan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Jabatan Penjara Malaysia.  Majlis dimulakan dengan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Jabatan Penjara Malaysia yang dipimpin oleh PP Wan Hasnoul Zairie Bin Wan Husin Timbalan Pengarah Pusat Pemulihan Akhlak Batu Gajah bersama 95 anggota dan kakitangan. Selesai bacaan ikrar, PP Wan Hasnoul Zairie Bin Wan Husin, TPP Faizal bin Ahmad dan PPP Abdul Razak bin Darus menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Jabatan Penjara Malaysia dengan disaksikan oleh PKP M.Basakaran A/L S.Muthiah Pengarah Pusat Pemulihan Akhlak Batu Gajah seterusnya diikuti dengan kakitangan awam. Majlis diteruskan dengan Dialog Bulanan dan berakhir jam 4.30 petang.


""