| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Simulasi Kebakaran Bersama Kakitangan Dan Penghuni Penjara Tapah

Pada 16 November 2017 (Khamis) Penjara Tapah Perak telah mengadakan Simulasi Kebakaran bersama kakitangan dan penghuni Penjara Tapah. Program disertai oleh PP Abdul Rahman Bin Hasan dan TPP Mohd Shahrul Bin Md Yusof bersama 30 anggota beruniform serta 111 banduan kerja bengkel Penjara Tapah. Agenda program dimulai jam 10.00 pagi dengan ceramah daripada TPP Mohd Shahrul Bin Md Yusof mengenai aspek keselamatan kebakaran di sambung oleh IP Norfirdaus Bin Zaili (Bekas Bomba) mendedahkan penggunaan alat pemadam api dan cara memadam api mengikut skop keselamatan. M.A Sabri Bin Ladisma Penolong Pegawai Perubatan Penjara Tapah telah memberi perdedahan cara menyelamat mangsa kebakaran melalui kaedah dan teknik  resusitasi kardiopulmonari (CPR). Bagi pelaksanaan Simulasi Kebakaran(Fire Drill) penerangan telah di buat oleh IP Zulfa Asrin Bin Jasni dengan membentuk pasukan dikalangan anggota bagi simulasi kebakaran (floor warden dan pencatit). Masa yang diambil oleh penghuni dan kakitangan bertugas untuk keluar dari bangunan adalah 1 minit.


""