| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Penyerahan dan Penerimaan Tugas Pengarah Penjara Sungai Petani, Kedah

Pada hari Isnin, 06 November 2017  telah diadakan Majlis Penyerahan dan Penerimaan Tugas Pengarah Penjara Sungai Petani di antara PP Rizalma bin Che Abdul Hamid dan PKP Raja Nazril Azman bin Raja Azam Iskandar. Majlis diadakan di Daewan Seminar Penjara Sungai Petani disaksikan oleh Timbalan Komisioner Penjara Mohd Sabri bin Yaacob selaku wakil Komisioner Jeneral Penjara Malaysia.

Majlis dimulai dengan perarakan masuk tongkat kuasa, diikuti dengan upacara menandatangani dokumen serah terima tugas dan seterusnya acara penyerahan Tongkat Kuasa.  Antara tetamu yang menyaksikan majlis serah tugas adalah wakil Pengarah institusi Zon Utara 1, Wakil daripada EX-POAM, Ahli Lembaga Hakim Pelawat, PENAWAR, Pegawai Kanan jabatan kerajaan Daerah Kuala Muda dan kakitangan Penjara Sungai Petani.


""