| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Hari Aspresiasi Kokurikulum Sekolah Integriti dan Sekolah Henry Gurney 2017

Hari Aspresiasi Kokurikulum Sekolah Integriti dan Sekolah Henry Gurney telah diadakan pada 31 Oktober 2017 di SHG Telok Mas, Melaka. Program ini diadakan bertujuan memberi pengiktirafan kepada Institusi, Penyelia Akademik dan penghuni yang telah menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam setiap program pemulihan dan pendidikan sepanjang tahun 2017. Program ini telah disempurnakan oleh KP Haji Abd Wahab Bin Haji Kassim Pengarah Penjara Negeri Johor. Pelancaran ?Projek Henry? turut diadakan dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Melaka dan Jabatan Penjara Malaysia di SHG Telok Mas. Turut hadir PKK Md Rashid Bin Jahlil Bahagian Pengurusan Banduan IPPM, Pengarah-pengarah Penjara Negeri, Tuan Haji Ismail Bin Abdol Jalil, Pengarah Majlis Sukan Negeri Melaka, Ketua Institusi dan Guru-guru Akademik Sekolah Integriti dan Sekolah Henry Gurney.



""