| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Program Mesej Dari Penjara Peringkat Zon Sabah 2017

Pada 26 Oktober 2017 (Khamis), Institusi Penjara Tawau sekali lagi menjadi tuan rumah bagi Program Mesej Dari Penjara Peringkat Zon Sabah.  Program Keinsafan Mesej dari Penjara merupakan satu program kebajikan berbentuk ?Community Base? yang dilaksanakan sebagai komitmen Jabatan Penjara Malaysia terhadap masyarakat. Usaha murni ini dilaksanakan dengan harapan dapat memberi pendidikan pencegahan kepada para pelajar dan masyarakat melalui perkongsian pengalaman, ceramah interaktif dan paparan bahan-bahan pameran. Program ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Sri Panglima Hj. Syed Abas Bin Syed Ali iaitu Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah. Antara tetamu khas yang turut hadir adalah Timbalan Komisioner Jeneral Penjara Ybhg. Dato? Jamaludin Bin Saad, Datuk Geoffrey Yee Fook (MCPF), Pengarah Bahagian Kewangan En. Mohammad Abiddin Bin Abd Rahman dan Pengarah Negeri Sabah & W.P. Labuan TKP Hj. Suria Bin Hj. Idris serta ketua-ketua institusi di Negeri Sabah. Antara pengisian program Mesej adalah persembahan akustik dan Slot Perkongsian Pengalaman Bersama Penghuni. Selain itu, Persembahan  Seni Tari Waja dan Pementasan Teater oleh kakitangan Penjara Tawau turut disajikan.


""