| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Program Pemukiman (Turun Padang) Pengurusan Tertinggi Jabatan Dengan Pegawai Dan Anggota Institusi Penjara Malaysia Zon Sarawak 1

Pada 12 Oktober 2017 (Khamis), Program Pemukiman (Turun Padang) Pengurusan Tertinggi Jabatan dengan Pegawai dan Anggota Institusi Penjara Malaysia Zon Sarawak 1 yang telah disempurnakan oleh YBhg. TKJP Dato? Jamaludin bin Saad, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) telah diadakan bermula pada jam 8.30 pagi hingga 1.00 tengahari bertempat di Auditorium Sri Sarawak, Pejabat Pengarah Penjara Negeri Sarawak. Program tersebut turut dihadiri oleh TKP Ajidin  bin Haji Salleh, Pengarah Penjara Negeri Sarawak, TKP Ariffin bin Mohd Nor, Pengarah BAPEM, Encik Mohammad Abiddin bin Abd Rahman, Pengarah Kewangan, PKK Mohamad Rosidek bin Musa, Timbalan Pengarah Penjara Negeri Sarawak, Ketua-Ketua Institusi Penjara Sarawak serta melibatkan seramai 150 orang pegawai dan kakitangan daripada Pejabat Pengarah Penjara Negeri Sarawak, Pejabat Parol Daerah Kuching, Penjara Puncak Borneo dan juga Penjara Pusat Sri Aman.  
    
Program ini diadakan adalah bertujuan menjelaskan dasar-dasar jabatan dan perkara-perkara yang berkaitan dengan pemantapan tadbir urus dan pengukuhan integriti perjawatan Jabatan Penjara Malaysia. Pengisian semasa program adalah seperti Ceramah bertajuk ?Di mana Bumi Dipijak, Di situ Langit Dijunjung? yang telah disampaikan oleh YBhg. TKJP Dato? Jamaludin bin Saad, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), seterusnya ceramah ?Akur Kepada Aku Janji? yang telah disampaikan oleh Encik Mohammad Abiddin bin Abd Rahman, Pengarah Kewangan dan sesi ceramah ?Mendepani Cabaran Masa Hadapan? daripada TKP Ariffin bin Mohd Noor, Pengarah BAPEM.

Selaras dengan program tersebut, satu Taklimat Pengurusan Aset, Kewangan dan Perolehan kepada Institusi-Institusi di Sarawak turut diadakan. Sesi taklimat telah dihadiri seramai 21 orang pegawai dan kakitangan seluruh institusi Penjara Sarawak. Manakala sesi taklimat telah disampaikan oleh Encik Mohd Faiz bin Abd Rahman, Timbalan Pengarah Kewangan, Encik Warawit a/l Tiam, dan Encik Khairul Nizam bin Yahya daripada Ibu Pejabat Penjara Malaysia.


""