| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Hari Sukan Negara 2017 Pusat Koreksional Puncak Alam

Sebagai menyahut seruan kerajaan untuk menjadikan sukan sebagai budaya hidup rakyat Malaysia, Pusat Korekional Puncak Alam mengambil inisiatif menganjurkan Program Hari Sukan Negara 2017 Peringkat Institusi pada 13 Oktober 2017. Majlis dimulakan dengan perbarisan 3 kontigen yang bertanding dan slot senam sihat dikendalikan oleh wakil Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Selangor. Aktiviti ?treasure hunt? mengambil giliran yang menyaksikan pasukan ?Cendrawasih? dinobat sebagai Johan. Pasukan ?Rajawali? sebagai  Naib Johan dan Pasukan ?Garuda? di tempat ketiga. Disebelah petang acara Bowling diadakan bertempat di Super Bowl Space U8, Bukit Jelutung menyaksikan Kpl 20163 Jasren Maulud  sebagai Johan, En. Luqman sebagai Naib Johan dan IP Zulhairi di tempat ke-3.


""