| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Sambutan Hari Sukan Negara 2017 Peringkat Pejabat Pengarah Penjara Negeri Perak

Pada tarikh 14 Oktober 2017 (Sabtu), Pejabat Pengarah penjara Negeri Perak telah menganjurkan Sambutan Hari Sukan Negara 2017 bertempat di Bukit Larut, Taiping, Perak. Program turut disertai seramai 60 orang kakitangan yang terdiri dari Pejabat Pengarah Penjara Negeri Perak, Pejabat-Pejabat Parol Daerah dan Unit K9 Zon Tengah 2. Program dimulakan dengan aktiviti senamrobik / senam ringan yang dikelolakan oleh Sjn Vijayakumar dan Sjn Ruslina. Program diteruskan dengan aktiviti mendaki Bukit Larut selama 3 jam (naik dan turun). Turut diadakan aktiviti selingan seperti Sepak Raga Ratus dan Aktiviti Cabutan Bertuah. Program telah dirasmikan oleh YS TKP Tan Tian Heng, Pengarah Penjara Negeri Perak. Turut hadir adalah, YS PKK Norwati Binti Mat Isa, Timbalan Pengarah Penjara Negeri Perak dan PP Hj Turedy Bin Hj Abdullah, Ketua Bahagian Parol dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Perak. Program dimulakan pada jam 7.15 pagi dan tamat pada jam 1.00 tengahari.


""