| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Kejohanan Festival Kesenian Majlis Sukan Jabatan Penjara Malaysia Tahun 2017

Pada 29hb September sehingga 01 Oktober 2017 bertempat di Oceanus Mall, Kota Kinabalu telah berlangsung Kejohanan Festival Kesenian Majlis Sukan Jabatan Penjara Malaysia. Kejohanan yang dianjurkan oleh Majlis Sukan Penjara Malaysia telah memilih Penjara Negeri Sabah sebagai Pengelola Kejohanan pada tahun ini. Melibatkan 08 buah negeri dengan 09 Kontinjen yang terdiri daripadanya penyertaan sebanyak 16 buah institusi. Kontinjen-kontinjen yang bertanding dan mengambil bahagian dalam kejohanan ini adalah daripada SELANGOR A, SELANGOR B, SARAWAK, JOHOR, MELAKA, KEDAH, PERAK, KELANTAN, SABAH. Kejohanan ini mempertandingkan 3 kategori pertandingan antaranya Pertandingan Nyanyian Lagu Asli dan Moden, Pertandingan Kumpulan Muzik Moden ( Kugiran ) dan Kumpulan Tarian Tradisional. Juri pertandingan diadili oleh juri-juri yang berpengalaman daripada Jabatan Kebudayaan Kesenian Negara, Sabah, Jabatan Penyiaran Malaysia Sabah ( RTM ), Fakulti Kesenian dan Kebudayaan daripada UMS dan UiTM Sabah. Selain pertandingan tersebut, promosi jualan produk kraftangan jabatan, pameran kerjaya, kempen derma darah serta pameran motor ?Superbike? turut diadakan. Majlis Perasmian dan Penutupan telah disempurnakan oleh Y.Bhg Komisioner Jeneral Penjara Dato? Sri Haji Zulkifli bin Omar dan kehadiran daripada pegawai-pegawai kanan seluruh institusi penjara.

Berikut adalah keputusan pertandingan pada kejohanan tersebut :-

1. KATEGORI LAGU-LAGU ASLI (LELAKI)
JOHAN         : WP. NAZREEN NIZAM BIN RAZALI ( KONTINJEN SELANGOR A )
N. JOHAN    : KPL. AZLAN SYAH BIN SYAHRUDDIN ( KONTINJEN SELANGOR B )
TEMPAT KETIGA    : SP. ZAIDY BIN MUSTAPHA ( KONTINJEN KEDAH )
TEMPAT KEEMPAT    : SP. MAT AROF BIN HAMZAH ( KONTINJEN SELANGOR A )

2. KATEGORI LAGU-LAGU ASLI (WANITA)
JOHAN         : KPL ROSNANI BINTI MATMIN - ( KONTINJEN SABAH )
N. JOHAN    : PUAN FARIDAH BINTI AG TANGAH - ( KONTINJEN SABAH )
TEMPAT KETIGA    : KPL RUZLINA BINTI MT ZIN ( KONTINJEN KELANTAN )

3. KATEGORI LAGU-LAGU MODEN (LELAKI)
JOHAN         : WP. ABD FATTAH BIN ABDULLAH ( KONTINJEN SARAWAK )
N. JOHAN    : ENCIK MUHD IZZUL FIKRI BIN MOHADIN ( KONTINJEN SELANGOR B )
TEMPAT KETIGA    : KPL RASHID BIN JAMALUN ( KONTINJEN SABAH)
TEMPAT KEEMPAT    : ENCIK MU AZZIM BIN ZUKEFLEY ( KONTINJEN JOHOR )

4. KATEGORI LAGU-LAGU MODEN (WANITA)
JOHAN         : KPL. NORINNA BINTI BAHTARIN ( KONTINJEN SABAH )
N. JOHAN    : KPL. NORHARTINI BINTI MANSOR ( KONTINJEN SELANGOR A )
TEMPAT KETIGA    : IP. NURUL NADIA BINTI MOHD PAKRI ( KONTINJEN KELANTAN )
TEMPAT KEEMPAT    : KPL HASWANI BINTI SHAFIE ( KONTINJEN SELANGOR B )

5. KATEGORI KUMPULAN TARIAN TRADISIONAL
JOHAN         : KUMPULAN SAYAU NABALU ( KONTINJEN SABAH)
N. JOHAN    : KUMPULAN SRI PERAK ( KONTINJEN PERAK )
TEMPAT KETIGA    : KUMPULAN D? KENYALANG PRIDE ( KONTINJEN SARAWAK)

6. KATEGORI KUMPULAN MUZIK MODEN ( KUGIRAN )
JOHAN         : THE N? DRAW ( KONTINJEN SELANGOR B )
N. JOHAN    : G.D BAND ( KONTINJEN SELANGOR A )
TEMPAT KETIGA    : THE E? STONE BAND ( KONTINJEN PERAK )
TEMPAT KEEMPAT    : SEVENTH LOCKS ( KONTINJEN KELANTAN )

7. KATEGORI ANUGERAH KHAS JURI
VOKALIS TERBAIK    : KPL. MUHAMMAD NAJMI BIN SABRI ( KONTINJEN SELANGOR B )
GITARIST TERBAIK: WP. ROMEO BIN JEYLUS ( KONTINJEN SABAH )
BASSIST TERBAIK    : KPL. YUSNI BIN RAMLI ( KONTINJEN PERAK )
DRUMMER TERBAIK    : IP. DAVID ANAK ANDREW ( KONTINJEN SELANGOR A)


""