| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Sesi Dialog TN50 Bersama Kakitangan & Penghuni SHG Telok Mas

Pada 28 September 2017 (Khamis) seramai 11 sekretariat dari Yayasan Teach For Malaysia dan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia telah mengadakan Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) bersama kakitangan dan penghuni SHG Telok Mas. Transformasi Nasional 2050 atau TN50 adalah satu usaha kerajaan untuk membentuk masa depan Malaysia menjelang 2050 berdasarkan aspirasi belia pada hari ini melalui sesi dialog. PKP Abd Rahman Bin Taib Pengarah SHG Telok Mas dan Pegawai Pegawai Kanan turut bersama-sama menjayakan sesi Dialog bersama Yayasan Teach For Malaysia.


""