Dengan mengambil pengajaran dan iktibar dari pengobanan Nabi Ibrahim A.S dan anaknya Nabi Ismail A.S, Pusat Koreksional Puncak Alam mengadakan Majlis Korban pada 4 September 2017 (Isnin) bersamaan 13 Zulhijjah 1438 Hijrah. Majlis diserikan dengan kehadiran Pengarah PKPA, PP Anbalagan a/l Subramaniam dan mantan Pengarah PKPA, PKP Zulia binti Khamis. Majlis melibatkan 42 warga kerja PKPA dan ahli keluarga. 1 ekor lembu sumbangan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dikorbankan pada majlis kali ini.

"" 