| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Sambutan Hari Penjara Ke-228 Peringkat Penjara Limbang, Sarawak

Sambutan Hari Penjara Ke-228 Peringkat Penjara Limbang telah diadakan pada 4 April 2018 (Rabu) bertempat di Dataran Dewan Gemilang, Penjara Limbang. Aturcara dimulakan pada jam 7.00 pagi dengan Perbarisan Sempena Hari Penjara dan ucapan daripada Pengarah Penjara Limbang, PKP Mohd Izhar Bin Haji Yahya. Perbarisan melibatkan  seramai 80 orang kakitangan. Turut diadakan sesi pemakaian pangkat, penyampaian pingat dan penyampaian Sijil Penghargaan kepada anggota dan kakitangan awam Penjara Limbang. Pelbagai aktiviti sempena Hari Penjara ke-228 telah diadakan dan antara pengisian program seperti lawatan ke rumah dan sumbangan kepada pesara Penjara Limbang, Walkathon, senamrobik, pertandingan bola tampar, musical chair, pertandingan menyumpit dan sepakan penalti. Johan bagi acara sukaneka dimenangi rumah Biru. Pada sebelah malam, turut diadakan program bacaan Yassin dan Tahlil di Surau As Ma?ul Husna Penjara Limbang.


""