| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Majlis Sambutan Hari Penjara Ke-228 Peringkat Penghuni Penjara Kajang 2018

Pada 11 April 2018 (Rabu) bersamaan 24 Rejab 1439H, Seksyen Pemulihan bersama Unit Agama Islam Penjara Kajang telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Penjara ke-228 Peringkat Penghuni Penjara Kajang 2018. Majlis yang telah diadakan di Padang Utama Penjara Kajang dimulakan dengan bacaan doa oleh wakil penghuni, kemudian diteruskan dengan forum yang bertajuk Israk & Mikraj. Ahli panel terdiri dari Wakil BAPEM Ibu Pejabat Penjara Malaysia iaitu Dr. Ustaz Zamihan Bin Mohd Zain, Ustaz Abdullah Bin Hashim dan Ustaz Mohamad Razif Bin Mohamad Fuad dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Pada sebelah petang pula telah diadakan ceramah umum yang telah di sampaikan oleh Ustaz Wan Noh bin Wan Hamad. Seramai 883 orang penghuni telah terlibat dengan majlis ini yang diadakan untuk sama-sama mengingati dan mengambil pengajaran daripada peristiwa Israk & Mikraj.


""