| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Infokraf Penjara-Penjara Borneo Tahun 2018

Penjara Pusat Miri telah terpilih sebagai institusi pengelola bagi Infokraf Penjara-Penjara Borneo Tahun 2018 yang telah diadakan mulai 06-09 April 2018 bertempat di Imperial Mall, Miri, Sarawak yang telah disertai oleh Penjara Negara Brunei Darussalam, institusi Penjara Negeri Sarawak dan institusi Penjara Negeri Sabah. Majlis Perasmian telah diadakan pada 07 April 2018 dan disempurnakan oleh YBhg. TKJP Dato? Alzafry Mohamed Alnassif bin Mohamed Adahan, Timbalan Ketua Pengarah Penjara (Keselamatan & Koreksional). Turut hadir di majlis perasmian tersebut adalah Pengarah Penjara Negara Brunei Darussalam, YBhg. KP Dato? Mohd Sakeri bin Haji Dollah, Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan Banduan, Ketua-Ketua Institusi Zon Sarawak dan Sabah, Ketua-Ketua Agensi Kerajaan Bahagian Miri, Ahli Lembaga Hakim Pelawat, Ketua-Ketua Masyarakat Bahagian Miri dan lain-lain. Sepanjang program infokraf berlangsung juga diadakan pelbagai aktiviti termasuk Pameran Kepenjaraan, Kuiz Kepenjaraan, Pameran Kerjaya oleh Kolej dan Universiti Awam dan Swasta dan sebagainya.


""