| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Kem Pembangunan Sahsiah Remaja Muslim Di Muzium Penjara Malaysia Melaka

14 Ogos 2018 (Selasa) - Bertempat di Muzium Penjara Malaysia Melaka telah berlangsung Program Kem Pembangunan Sahsiah Remaja Muslim bersama Warga Muzium Penjara Malaysia yang dianjurkan bersama Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Jelebu. Peserta program seramai 95 orang terdiri daripada pelajar-pelajar yang bermasalah di Daerah Jelebu Negeri Sembilan. Tujuan program ini diadakan adalah untuk membendung penglibatan para pelajar di peringkat sekolah terhadap penyalahgunaan dadah disamping melaksanakan hasrat Jabatan Penjara Malaysia bersama-sama membendung masalah sosial dikalangan para pelajar. Program ini dimulakan dengan mengadakan simulasi di dalam penjara, ceramah motivasi, taklimat hukuman sebatan rotan, taklimat pelaksanaan hukuman mati dan diakhiri dengan majlis perasmian.   Program ini bermula pada jam 10.00 pagi dan berakhir pada pukul 2.00 petang.
""