| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Gotong-Royong Mega 1.0 Memerangi Aedes 2018 Institusi Pusat Koreksional Kamunting

Pada 16 Ogos  2018 ( Khamis ), Institusi Pusat Koreksional kamunting telah mengadakan  Program Gotong-Royong  Mega 1.0 Perangi Aedes 2018. Program tersebut dirasmikan oleh Pengarah Pusat Koreksional Kamunting PKK Mohd Muslih bin Mahmud. Program bermula pada jam 0745 pagi dengan taklimat ringkas sebelum gotong-royong dimulakan pada jam 0800 pagi. Gotong-royong menumpukan di kawasan perumahan kakitangan bermula blok A hingga blok U serta kawasan semak dan tempat takungan air yang menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes. Gotong-royong tersebut juga turut disertai oleh kakitangan Pejabat Pengarah Negeri Perak, Pejabat Parol Daerah Kuala Kangsar dan Pejabat Parol Daerah Larut Matang dan Selama.


""