| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Breakfast Talk Integriti Jabatan Penjara Malaysia

Jabatan Penjara Malaysia telah mengadakan program Breakfast Talk INTEGRITI pada 16 Ogos 2018 di Dewan Kelab Penjara Kajang. Objektif program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta-peserta program mengenai isu-isu semasa dan tadbir urus terbaikyang berkaitan dengan integriti dalam perkhidmatan awam dan menerap nilai dan budaya integriti kepada peserta untuk diaplikasikan dalam bidang kerja masing-masing.

Peneraju Perkhidmatan Korektif dari persepktif integriti telah dipilih sebagai tema program Breakfast Talk INTEGRITI Jabatan Penjara Malaysia. Antara panel yang terlibat dalam perbincangan ini ialah :

1.    Pembicara Utama - YBhg. Dato? Sri Haji Zulkifli bin Omar (Komisioner Jeneral Penjara)
2.    Pembincang Pertama - YBhg. Tan Sri Zaman Khan bin Rahim Khan (Timbalan Pengerusi/Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Ihtimam dan Ahli INTEGRITI)
3.    Pembincang Kedua - YBrs. Prof. Dr. Nik Ahmad Kamal bin Nik Mahmod (Profesor Fakulti Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia)
4.    Moderator - Tuan Haji Hamilye Sham Harun (Pengarah dan Ketua Penyelaras Program Pusat Koordinasi & Pemantauan INTEGRITI)

Program ini turut dihadiri oleh Pengarah ? Pengarah Bahagian Ibu Pejabat Penjara Malaysia, Pengarah-Pengarah Penjara Negeri dan Ketua Institusi dan wakil institusi Negeri Selangor dan Negeri Sembilan. Jabatan Penjara Malaysia turut menjemput Ketua-Ketua Unit Integriti dibawah agensi KDN serta pihak NGO.


""