| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lawatan Sambil Belajar Dari Jabatan Kerja Raya (JKR ) Malaysia Ke  Penjara Sungai Udang, Melaka

Institusi Penjara Sungai Udang, Melaka telah menerima lawatan sambil belajar dari peserta Kursus Pembangunan Individu Dan Organisasi Berintegriti Dalam Perkhidmatan Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia pada 15.08.2018 ( Rabu ). Lawatan tersebut yang dianggotai seramai 33 peserta diketuai oleh Puan Nor Hidayah binti Ismail telah disambut oleh PP Mohd Ismawi bin Sulong yang mewakili YBrs TKP Noor Aziz bin Mohammad Noor Pengarah Penjara Sungai Udang, Melaka. Rombongan tersebut telah diberi taklimat kepenjaraan oleh KIP Mohd Faizal bin Hassan dan mereka telah dibawa melihat pameran kepenjaraan, galeri produk penjara, pejabat pemulihan wanita dan blok penempatan. Di pejabat pemulihan peserta telah dihiburkan dengan nasyid dari Kumpulan Nasyid Soutul Najjah  dan segmen mesej dari penjara penceritaan kisah kehidupan seorang banduan.


""