| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Pameran Muzium Penjara Malaysia Sempena Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2018 Di Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan Banda Hilir Melaka

21-28 Julai 2018 ? Muzium Penjara Malaysia Melaka telah menyertai Pameran Hari Muzium Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2018 bertempat di Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan Banda Hilir Melaka. Sambutan Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2018 ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Mohamaddin bin Haji Ketapi, Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia. Pada tahun ini Muzium Penjara Malaysia Melaka telah membawa tema pameran Sekolah Henry Gurney di bawah Jabatan Penjara Malaysia. Pameran Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan mula diperkenalkan pada tahun 1995 yang dianjurkan oleh Jabatan Muzium Malaysia sebagai acara tahunan muzium. Sebanyak 30 buah muzium seluruh Malaysia dan antarabangsa telah mengadakan pameran sempena sambutan ini berlangsung. Pelbagai aktiviti disediakan oleh penganjur untuk warga muzium bagi mengeratkan silaturahim seperti perlawanan bola sepak, sukan tradisional, basikal tua ride, larian muzium dan lain-lain lagi. Majlis Malam Penutupan telah dihadiri oleh TYT Yang Di-Pertua Negeri Melaka Tun Datuk Seri Utama Dr. Mohd Khalil bin Yaakob.


""