| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Jalinan Kasih Dan Majlis Sambutan Hari Krismas Peringkat Penghuni Pusat Koreksional Labuan Tahun 2018

Pada 20 Disember 2018 (khamis) jam 09.00 pagi bertempat di Dataran Blok Sejahtera Pusat Koreksional Labuan telah berlangsung Program Jalinan Kasih dan Majlis Sambutan Hari Krismas peringkat Penghuni bagi Tahun 2018. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Prison Fellowship Malaysia Labuan Chapter, Ketua-Ketua Jabatan Kerajaan di Wilayah Persekutuan Labuan dan Ahli Lembaga Hakim Pelawat serta telah dirasmikan oleh Penolong Komisioner Penjara Abd Rauf bin Lang Pasih, Pengarah Pusat Koreksional Labuan. Antara pengisian majlis tersebut adalah persembahan koir Krismas daripada penghuni dan penyerahan sumbangan daripada Prison Fellowship Malaysia, Labuan Chapter kepada penghuni Pusat Koreksional Labuan.


""