| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Majlis Perasmian Penutupan Minggu Keindahan Dan Kesenian Islam Peringkat Penghuni Pusat Koreksional Labuan

Pada 22 November 2018 jam 09.00 Pagi, Pusat Koreksional Labuan telah mengadakan Majlis Perasmian Penutupan Minggu Keindahan dan Kesenian Islam peringkat Penghuni sempena Sambutan Maulidur Rasul SAW bagi Tahun 1440H / 2018M bertempat di Dataran Blok Sejahtera, Pusat Koreksional Labuan. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YBhg. Shohibul Fadhilah Ustaz Mohd Sukri bin Abd Ghani, Ketua Penolong Mufti Wilayah Persekutuan Labuan serta turut dihadiri oleh Penolong Komisioner Penjara Abd Rauf bin Lang Pasih, Pengarah Pusat Koreksional Labuan, Ketua-Ketua Jabatan Kerajaan Wilayah Persekutuan Labuan dan Ahli Lembaga Hakim Pelawat Pusat Koreksional Labuan. Antara pengisian dalam majlis tersebut antaranya alunan Nasyid Asma Al-Husna serta beberapa lagu nasyid lain daripada Penghuni Pusat Koreksional Labuan, penyampaian hadiah kepada Penghuni bagi acara-acara yang dipertandingkan seperti nasyid, hafazan, hafalan hadis, azan dan iqamat, penceritaan sirah nabi, lukisan masjid dan kuiz. Selain itu turut diselitkan dengan penyampaian sumbangan daripada Al-Fadhil Ustaz Ahmad Shahrizal bin Saffian, Pengurus Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Wilayah Persekutuan Labuan kepada Penghuni yang baru memeluk Islam. Majlis tersebut berakhir jam 11.00 pagi dengan acara penyampaian cenderahati dan jamuan kepada tetamu jemputan.


""