| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Kunjungan Hormat Ke Institut Jantung Negara

Susulan daripada Mesyuarat Penyelarasan Banduan Menerima Rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) yang dipengerusikan oleh KP Abd Kadir bin Rais, Pengarah Pengurusan Banduan di Ibu Pejabat Penjara Malaysia (IPPM), satu kunjungan hormat ke IJN telah dilakukan pada 19 Disember 2018.

Kunjungan hormat tersebut telah disertai oleh kakitangan Jabatan Penjara Malaysia yang terdiri daripada wakil Bahagian Pengurusan Banduan, Dr Mohd Nor Hayat bin Mamat, wakil Bahagian Keselamatan & Inteligen, PKK Kamarul Alam bin Taib, wakil Penjara Sg. Buloh, wakil Penjara Kajang dan wakil Penjara Wanita Kajang.

Para pegawai Jabatan telah disambut oleh Pengurus Kanan Jabatan Perkhidmatan Sokongan dan Kawalan Keselamatan Hospital, Mej. (B) Mohd Aznan bin Mat Zain dan pihak Urusetia, En. Megat Fairuz bin Megat Adeni dan telah dibawa meninjau lokasi dan akses laluan bagi banduan yang menerima rawatan di IJN supaya dapat dijadikan panduan kepada institusi yang terlibat.


""