| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Upacara MISA Sempena Musim Krismas  Bagi Tahun 2018 Di Penjara Kajang

Pada 13 Disember 2018, Unit Pemulihan Penjara Kajang (Unit Lain-Lain Agama) telah mengadakan Upacara Misa sempena Perayaan Krismas dengan kerjasama Persatuan Persaudaraan Penjara Katolik. Seramai (46) banduan akhir terlibat dengan upacara ini yang diadakan di Blok Abadi dan Bakti. Manakala (78) banduan hukuman lama telah diadakan di Dewan Harmoni  yang telah dihadiri  oleh paderi-paderi daripada Persatuan Persaudaraan Penjara Katolik serta dihadiri oleh PPP Rathakrishnan a/l Kanniah dan IP Tharumanraj a/l Nadaraja. Program yang diadakan sempena perayaan Krismas ini diharap dapat  meningkatkan lagi peranan Persatuan Persaudaraan Penjara Katolik dalam memantapkan program untuk penghuni beragama Kristian.


""