| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lawatan Kembara Ilmu Jabatan Kebajikan Masyarakat Perlis Di SHG Telok Mas

Seramai 30 Pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis telah mengadakan Lawatan Kembara Ilmu Sekolah Henry Gurney pada 14 Disember 2018 (Jumaat). Lawatan ini terdiri dari Penasihat-Penasihat Mahkamah Bagi Kanak-kanak Negeri Perlis, Pasukan Kebajikan Kanak-Kanak Negeri Perlis, Pasukan Perlindung Kanak-Kanak Negeri Perlis dan lima orang Jawatankuasa Majlis Persidangan Kanak-Kanak (MPKK). Lawatan kerja ini bertujuan memberi pendedahan secara langsung kepada peserta mengenai fungsi dan peranan SHG dalam melaksanakan perkhidmatan pemulihan juvana. Di akhir sesi diadakan Majlis Forum bersama penghuni bagi menyemai semangat dan panduan berguna untuk penghuni merubah diri menjadi insan yang cemerlang dengan prinsip ?Zero To Hero?.


""