| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lawatan Dari Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Perak (KEKAR)  Ke Penjara Taiping, Perak

23 November 2018 jam 9.00 pagi, Institusi Penjara Taiping telah menerima kunjungan lawatan dari Kelab Kebajikan dan Reaksi, Pejabat Penasihat Undang-undang Negeri Perak (KEKAR) seramai  35 orang delegasi  yang diketuai oleh YB Dato? Rohana bt Abd Malek. Delegasi rombongan telah disambut oleh PP Abdul rahman Bin Hasan, Timbalan Pengarah Penjara Taiping, Pegawai-pegawai Kanan dan Kakitangan Penjara Taiping. Delegasi telah diberi taklimat ringkas berkaitan Penjara Taiping serta perbincangan bersama berkaitan pemulihan dan perundangan. Selepas itu rombongan telah dibawa melawat ke dalam kawasan penjara. Secara keseluruhannya lawatan telah berjalan dengan lancar dan berakhir pada jam 11.00 pagi.


""