| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Perhimpunan Bulanan (Disember 2018) Peringkat Pusat Koreksional Puncak Alam

6 Disember 2018 ( Khamis ) ? Perhimpunan Bulanan telah berlangsung di perkarangan Pusat Koreksional Puncak Alam (PKPA) . Perhimpunan tersebut  diketuai PKP Amer Shariffudin Bin Mat Noor Pengarah PKPA diiringi PP Anbalagan A/L Subramaniam Timbalan Pengarah PKPA,serta pegawai kanan,pegawai lain-lain pangkat termasuk kakitangan awam .

Kemuncak perhimpunan adalah upacara pemakaian pangkat dari Sarjan Mejar Penjara ke Sub Inspektor Penjara dan Warder Penjara ke pangkat Kopral (TBBK) . Mendahului senarai Sub Inspektor Penjara Vasudevan A/L Muniandy dan Kopral Penjara 18328 Mohd Izuandi Bin Mohd Yusoff . Seterusnya Acara penyampaian Sijil Tokoh Bulanan bagi bulan September,Oktober dan November bagi tahun 2018.Tokoh Bulanan bagi bulan September kopral 13985 Nor rina Binti Bahari, bagi bulan Oktober Puan Mariani Binti Muhamad @ Ibrahim, bagi bulan November KPL 15553 Mohd Nurulazmi Bin Mohd Jamaludin.



Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah bagi ujian kemahiran menembak peringkat PKPA. Johan disandang oleh IP Sharil Bin Mohd Noor manakala Naib Johan KPL 15553 Mohd Nurulazmi Bin Mohd Jamaludin manakala WP 21298 Muhamad Faisal Bin Mohd Shopi mendapat Tempat Ketiga .

Ucapan alu-aluan Oleh PKP Amer Shariffudin Bin Mat Noor menekankan budaya hormat menghormati dan disiplin harus diekakalkan dalam Jabatan dan prinsip taat setia terhadap kerajaan yang memerintah.
""