| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Sambutan Maulidur Rasul Pusat Reintegrasi Penghuni (PRP) Kem Batu 10, Kuantan

Pada 29.11.2018 (Khamis) bersamaan 21 Rabiulawal 1440H bertempat di Dewan Serbaguna PRP Kem Batu 10, Kuantan telah diadakan Program Sambutan Maulidur Rasul. Antara pengisian program adalah ceramah agama yang bertajuk ?Nabi Muhammad S.A.W Personaliti Terunggul? disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Ustaz Abdul Razak Bin Abdul Wahab dari Madrasah Ribat Az-Zahra Sungai Karang, Kuantan. Program diserikan lagi dengan persembahan Qasidah pelajar Tahfiz Ribat Az-Zahra, persembahan nasyid dan ?Buskers? oleh ODS. Turut hadir memeriahkan majlis ialah kehadiran Pengarah LPPKN Negeri Pahang  iaitu Puan Norhafizah Binti Mohd Nor, TPP Sabri Bin Saad wakil Penjara Penor, Leftenan Zukifeli Bin Mohd Tarmizi wakil Ketua Penempatan PRP Kem Batu 10, Kuantan.  Program berakhir dengan penyampaian cenderahati kepada PP Mohd Huzaimi Bin Hanafi (Ketua Bahagian Parol dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Pahang) dan sesi bergambar.


""