| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1440H Peringkat Pusat Pemulihan Akhlak Muar, Johor

Khamis 22 November 2018, jam 7 malam telah diadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat Pusat Pemulihan Akhlak Muar bertempat di Surau Al-Huda Kuarters Pusat Pemulihan Akhlak Muar. Majlis di sempurnakan oleh PKP Mohd Shukri Bin Harun, Pengarah Pusat Pemulihan Akhlak Muar. Turut diundang agensi lain seperti Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Muar, EXPOAM Cawangan Johor dan Ahli Lembaga Hakim Pelawat PPA Johor. Majlis dimulakan dengan solat maghrib berjemaah dan ikuti dengan Ceramah Maulidur Rasul oleh Ustaz Haji Hasmadi bin Omar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Pagoh. Objektif program adalah memperingati hari kelahiran Nabi S.A.W dengan mengalunkan selawat dan zikir serta mewujudkan perasaan kasih sayang terhadap Baginda Nabi Muhammad S.AW. Program tersebut telah berjaya dilaksanakan dan mendapat sambutan yang baik dikalangan kakitangan Pusat Pemulihan Akhlak Muar, Johor.


""