| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Hari Keluarga Kakitangan Divisyen B Penjara Puncak Borneo

Pada 24/11/2018 (Sabtu) bertempat di Pantai Pugu, Lundu telah diadakan Hari Keluarga & Sukaneka Kakitangan Penjara Puncak Borneo Divisyen B. Objektif Program Hari Keluarga ini diadakan adalah untuk memberi ruang kepada kakitangan dan ahli keluarga melakukan aktiviti bersama keluarga dalam pengisian masa yang terluang. Sebagai ruang untuk saling kenal-mengenali dan mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan kakitangan dan ahli keluarga. Selain itu, aktiviti-aktiviti yang dijalankan dapat menyemarakkan semangat kerjasama, hormat-menghormati dan menanam nilai-nilai murni. Akhir sekali diharap hari keluarga ini dapat mewujudkan persefahaman dan semangat kerja berpasukan di kalangan kakitangan dan ahli keluarga sekaligus dapat memantapkan lagi institusi kekeluargaan yang sedia ada.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah Sukaneka kanak-kanak dan dewasa, gotong-royong menyediakan masakan, BBQ, Karaoke, penyampaian hadiah pemenang sukaneka & cabutan bertuah. Program ini juga turut dihadiri oleh PKP Hamdan Salleh bin Majin, Pengarah Penjara Puncak Borneo. Secara keseluruhannya, program ini berlangsung dengan lancar dan jayanya. Anggaran kehadiran ahli keluarga yang terlibat menjayakan program ini adalah sekitar 120 orang. Tahniah dan syabas kepada Ahli Jawatankuasa dan kakitangan divisyen B, Penjara Puncak Borneo atas sokongan dan penglibatan dalam program ini. Bagi Hari Keluarga Kakitangan Divisyen A, Penjara Puncak Boreno akan diadakan pada 1 Disember 2018.


""