| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Jalinan Kasih Sempena Perayaan Tahun Baru Cina 2018, Penjara Taiping, Perak

Pada 22 Februari 2018 (Khamis) bertempat di Ruang Legar Unit Kawalan Dan Pencegahan (UKP) Penjara Taiping telah berlangsung Program Jalinan Kasih sempena  sambutan perayaan Tahun Baru Cina. Program ini dianjurkan dengan harapan, penerimaan keluarga dapat membantu banduan agar tidak mengulangi kesalahan lalu dan seterusnya dapat mengurangkan kadar residivis selaras dengan sasaran Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).

Seramai (14) orang banduan telah menyertai untuk program ini. Pada jam 08.30 pagi pendaftaran keluarga telah dibuat. Seramai (9) keluarga  yang hadir. Program ini turut disertai oleh PKK Charin Promwichit, Pengarah Penjara Taiping, PP Malek Radzuan Bin Omar, Timbalan Pengarah, PP Abdul Rahman Bin Hassan dan TPP Azman Bin Hussain. Selain itu seramai (3) orang guru agama Budha dari Persatuan Buddha Taiping dan (2) orang wakil dari Discharged Prisoners Aid Society sebagai jemputan khas. Program ini selesai pada jam 11.00 pagi selepas sesi bergambar.


""